THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 15, 2011

Beza Keperluan dan kehendak dalam kehidupan didunia...

Assalamualaikum.....
Definisi kepada perkataan "keperluan" itu adalah apa-apa yang perlu untuk kita menjalani kehidupan seharian. Manusia biasanya akan terikat kepada 1 jenis keperluan dalam kehidupan ini iaitu DUIT, kita memerlukan duit untuk mendapatkan 3 lagi jenis keperluan untuk hidup iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal....

Definisi kepada "kehendak" ialah kemahuan manusia untuk memenuhi sesuatu benda atau perkara bukan tergolong dalam lingkungan keperluan. kehendak adalah pelbagai dan juga tidak terbatas ianya mengikut sifat, minat, kecenderungan dan sebagai nya

bagi saya, Kita seharuslah memikirkan bagaimana dan berusaha untuk mendapatkan keperluan hidup kita sebelum kita memikirkan dan mencari jalan untuk memenuhi kehendak kita. Apa akan terjadi jika kita memenuhi kehendak kita tetapi tidak memenuhi keperluan kita?? Tentu hidup kita tidak terurus, tidak sistematik dan tidak seimbang.


tetapi situasi dan keadaan boleh mengubah kehendak menjadi keperluan.....tentang itu bersamalah kita memikirkannya.......

****Jangan pula kita asyik mencari keperluan hidup didunia sahaja... keperluan untuk hidup diakhirat jangan dilupa..... dunia hanya sementara..........

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...